Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan  di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah  bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada  si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri  : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan  abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh  menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri  : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya  sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman  lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk  puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan  sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,  “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara  yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan  senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang  bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan  penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri  mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata  kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si  suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika  disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah  engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika  disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau  tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan  setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?  Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta  memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab  mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih  mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.  Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,  dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..
04 May 2011
~Ceritera Cinta~(sekadar renungan)
Coretan ~Mr.Faisal~ Jam 12:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 


 
 
0 komen:
Post a Comment