Follower

22 November 2011

~Rintihan hati~

Lihat aku disini
Kau lukai
Hati dan perasaan ini
Tapi entah mengapa
Aku bisa memberikan maaf padamu

Mungkin karena..Cinta..
Kepadamu tulus dari dasar hatiku

Mungkin karena..Aku..
Berharap kau dapat mengerti cintaku

Lihat aku disini
Bertahan
Walau kau sering menyakiti
Hingga air mataku
Tak dapat menetes dan habis terurai

Meski kau terus sakiti aku
Cinta ini
Akan selalu memaafkan
Dan aku Percaya nanti engkau
Mengerti bila cintaku takkan mati

05 October 2011

~JOM ELAK GADUH DENGAN PASANGAN~

Jangan Cari Pasal
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

Berterus-terang
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

Buang Sikap Ego
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.

19 May 2011

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

18 May 2011

~Gelak-Gelak~

Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. terdapar sebuah komputer didalam bilik hotel tu. die pun tanpa segan silunya membuka komputer itu dan menghantar email kepada isterinya.

malangnya, die tlah tersalh taip alamat isterinya dan tnpa mengetahui akan kesilapanya tu die pun trus shj hntar email td.

Disebuah rumah dikedah pula,seorg janda baru pulang dr majlis pengebumian suaminya. janda tersebut terus ke komputernya untuk melihat emailnya..manalah tahu ada kawan2 atau sedara-maranya yang mengucapkan takziah. selepas membaca email pertama tibe2 si janda td pun pengsan. anak lelaki janda td terus bergegas ke bilik ibunya dan mandapati ibunya telah terlentang di depan komputer, anaknya terkejut dan melihat pada skrin komputer :

To : Sayangku

Date : 16 mei 2002

Subject : Abg Telah Selamat Sampai


Abang tahu sayang pasti terkejut dengan kehadiran mesej ini.kat sini mereka sediakan komputer dan bolehla kita saling berbalas email.Abg rindu syangAbang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman disini. abang lihat semuanya telah disediakan untuk kedatanganmu pada hari esok. semoga berjumpa denganmu nnti, syang. abang harap perjalannmu ke sini nnti lebih bermkna seperti apa yang telah abang lalui nanti.

06 May 2011

~Sahabat Sejati~

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga
mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.
Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"
Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku
betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

04 May 2011

~Ceritera Cinta~(sekadar renungan)

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

29 April 2011

KaKi KIPAS@KaKi BoDeK???


Mungkin ini frasa yang sesuai untuk merujuk manusia kaki bodek. Kaki bodek dengan manusia yang takut dikritik, hubungannya sangat akrab. Sebab itu anda jangan sesekali menegur kelompangan yang ada pada diri si pembodek.Sejarah menunjukkan bahawa budaya membodek ini tidak mendatangkan nilai etika mahupun estetika yang baik. Budaya bodek menyebabkan bangsa dan negara tidak maju. Budaya bodek menyebabkan Mahsuri dibunuh. Menyebabkan Hang Jebat dibunuh, menyebabkan Hang Nadim dibunuh, menyebabkan Megat Seri Rama dibunuh, menyebabkan Negeri-negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu jatuh ke tangan British, menyebabkan berlakunya Perjanjian Pangkor 1874. Semuanya ini angkara bodek walaupun tidak sepenuhnya disebabkan ‘dia’.Hari ini, kaki bodek yang tidak boleh dikritik ini muncul dengan wajah yang agak beragam. Mereka ini ada yang mengidap penyakit “kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”

P/S : kpd shahrilazmizam jika kamu baca entry sila la comment ya..tp jgn mara
coz aku hnya pnjam shj entry kamu ni..hahahha

17 April 2011

~Marilah Berbaik-Baik~

kata org jika kita sdar kesilapan kita harusla kita baiki kesilapan kita ye kan....aku dah mula rasa diriku ini terlalu pentingkan kerja shinggakan aku mengabaikan kawn2 yg selama ini membntu aku...menasihat aku disaat aku memerlukan nasihat diorg...aku akan cuba baiki ape yg ptut...pasni kita jalankan rancangan TRIP2 kita ya...ok...tu je...hahaha..

p/s : thnks kawn2 ku...wan,abu,ijat,atek,azizi, n sume TAKARA GROUP..Chill...ariossssss!!!

13 April 2011

10 tips jimat kumpul bajet KAHWIN

Tips menarik untuk orang yang nak kahwin dan yang dh kawin pun boleh gak ikut ni

1. Shopping masa sale jer – tu pun kalo nk shopping la..ade duit lebih ape salahnye..bnda yg ptut je.

2. Elakkan hutang kad kredit – ni mmg xleh blah..nk pkai leh..utk isi mnyak je..heheh(ye kee)

3. Potong jer langganan yang tak penting – kalo langgan astro tu amik la pakej yg pling murah..hahah

4. Jangan asyik beli barangan branded - ni terjadi kebnykan pada perempuan..so pompuan kalo nk beli brg tgok2 skit..downtown sudehh

5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – ni penting ..coz kalo kte sakit bnyk diu nk pkai wooo

6. Jangan merokok – NO KOMEN

7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – yg ni bleh buat..tp nnt pale otak aku meragam lak…xtau lak korg yg len..hahaha

8. Jimatkan bil rumah anda- agak2 la pkai air,elektrik..yg tertentu jek..xyah pakai iron baju,peti sejuk,heater,toaster, hahahaha

9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku – dgr tu kaum HAWA…paham2 jak ar

10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik – ALAMAK…ni aku xleh tinggal..camne???


p/s : xksah la camne pun korg nk menyimpan asalkan korg pndai uruskan kewangan...hidup bhagia....amin..

11 April 2011

Apa dia Batu karang dalam Ginjal?


salam sume blogger...arini aku nk citer skit pasal batu karang..coz penyakit ni dah menyerang mak aku awal taun ritu...sehingga skrang mak aku masih dalam proses pulih semula...2 operation dijalankan mase tu (Feb 2011). Alhamdulillah pembedahan berjaya..AMIN...syukur..


PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini.

Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.

Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.

Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.
Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.
Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.
Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.


Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.


Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain)


p/s : kat sini aku sertakan contoh sample batu karang yg dah hancur dr buah pinggang mak aku...ish3...zzaassss

Evening Networking b'sama TEP class Student






Mase tu 8 april 2011...upm education&training ade wat satu event utk dak2 T.E.P class(pak2 arab lah tu) kat fakulti kejuruteraan... aku lak mase tu jd A.J.K(jurufoto) hahaha..ape lg sume2 gmbar mak2 arab aku amik...huhuhuhu...yg terlibat Abg Azley,John(azizi) ,kak Izan, kak Eiza , Azrai, Wafi, Rosdi....peh..mmg best...(sbb byk Mak arab lawa2) hahahahah....bengong....ni la gmbar2 nye..layannnnnn

07 April 2011

~kepada temanku~

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, ia memberanikan diri menegur apa adanya secara depan...lebih elok dari sembunyi di balil lalang yang layu..
Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur,disakiti, diperhatikan,dikecewakan, didengar,diabaikan, dibantu,ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan tertentu.
Dalam masa kejayaan, sahabat mengenal kita. Dalam kesedihan, kita sahabat kita..

p/s : kpd kawan-kawan ku...aku sangat berterima kasih kat korang sbb jd kawan aku..korang yang
terbaek...walupun skang aku bz dgn kerja...aku akan cuba spend time dgn korang
pasni...insyaallah..

05 April 2011

~ Kau K.A.W.A.N ku ~

Dalam hidup ni manusia xlari dari wat kesilapan...ya....aku pun akui yang aku ada wat salah...emm..mgkin ade kawn2 kite sendri yg xnk bgtau ape salah kite...baik pompuan atau laki...kadang org yang bercerita secara diam2 ni banyak padahnya,,,hahha....xpela...jnji mereka dgn hdup mereka...mereka tahu ape yg mereka2 buat..mungkin tu yg terbaik utk mereka...

Sebenarnya aku xtau ape nk diluahkan dlam blog ni....adeiii....lenkali la citer kt blog ni...cume satu je .....aku pnh dapt satu ayat dr kwn aku dulu "dulu la" skang xde dah kot...ntah2 die lupe....SEKALI BERKAWAN SELAMANYA BERKAWAN..WALAU APEPUN YANG JADI KO TETAP KAWAN..kadang2 ayat2 mcmni xleh diguna pakai...hnya dr mulut...bukn dr hati...ehhehe..ok2,,,,kerja2....byeee
....

30 March 2011

Aku sudah terkena...(wakena beb)

salam sume...hari ni aku nk citer skit pasal kejadian yg terjadi pada diriku ini...citernye mcmni...

setiap hari aku akan bukak 2 ke 3 biji laptop depan aku utk aku buat keje la(bukak gile laptop yee) n seperti biasa setiap waktu lunch hour aku akn biarkan je laptop tu running atas meja(xkemas ape pun)..nk dijadikan cerita..pas aku blik dr mkan2 dalam kol 2 camtu la..aku tgok atas meja aku dah xde laptop2 tuh....pehhhh!!! aku punye mengeletar sampai ke kepala la wa cakap lu sbb termasuk skali dgn laptop aku yg ilang tu...YANA officemate aku pun ilang laptop gak...aku mulakan la operasi mencari,tp sblom cr tu kitorag sok-sek-sok-sek dgn kwn2 kt sini pasal laptop ilang....adeiii...ribut2...

Tbe2 bos aku(PUAN ROSLIZA) panggil sume yang tgh sok-sek-sok-sek ni termasuk aku masuk bilik die...kitorg pelik la...tp g la gak die dah pgil kan...bos aku tnye kat sume..."knp u all dok besembang kat situ ramai2...ade ape2 citer ke" kitorg diam...pastu aku beranikan diri la n jwb "laptop sy ilang la puan..atas meja td sy letak sebelum rehat"...di balas "laptop u je ke?" yana balas lak "xla..laptop opis gak,,sume skali 3 biji " ....pastu bos aku gelak....die ckp.."haaa tu la u all..men tgal2 kan lg laptop atas meja...skang bnyk perompak masuk opis2 di UPM(universiti putra malaysia)...aku pk mmg btol la ape yg bos aku buat tu...kenyataannyeee ..AKU XLEH TERIMA YG AKU KENE PRANK DGN BOS AKU...hahahahahhahahah..k la tuh je...



p/s : moral of the story...nk kemane2 tlong la kunci pintu ke simpan brg2 berharga anda di
tempat yg selamat...jika tidak anda akan di kenakan atau brg anda tidak akan
kembali....hahahah

22 March 2011

A.K.U & KaMeRa

HaLLo BloggEr..... hari ni aku nk kongsi sket pasal hobi n minat aku terhadap kamera...korang mesti ada yg suka shoot2 gmbar kan...hahaha...ade gak yg Photogenic hahaha....so ape kate aku ajar skit2 psal camne nk guna kamera DSLR...hehe..jom

  • Lihat subjek pada bahagian matanya Jika merakam gambar potret, cuba letakkan kamera anda satu aras lebih beremosi dan mendapatkan watak sebenar seperti senyuman dan reaksi wajah subjek.
    dengan mata subjek (eye level). Ini akan menghasilkan gambar yang
  • Untuk gambar kanak-kanak, anda harus berada sama paras dengan subjek (eye level). Pastikan subjek melihat pada kamera anda. Ini akan mendapatkan interaksi dari subjek dan anda.
Cuba elak dari meletakkan subjek anda di tengah frame

Ini adalah sesuatu yang biasa jika kita merakam gambar. Kebiasaannya kita akan meletakkan subjek ditengah-tengah. Apa kata anda cuba sesuatu yang baru. Bayangkan 'viewfinder' anda mempunyai garisan grid seperti permainan Tic-Tac-Teo. Cuba bermain dengan meletakkan subjek anda pada satu pertemuan garisan tersebut. Ini juga dikenali sebagai ‘Rules of third’. Pasti anda akan dapat lihat perbezaannya.


21 March 2011

~Berfikir Sejenak~


satu hari aku dok termenung memikirkan keadaanku yang mgkin xtntu arah skang ni...mcm2 yang jd semenjak aku bekerja di bawah bumbung SWASTA ni....mane hal kerja..kawan2..peribadi..emm...susah kan...sume tu aku tempuh dgn penuh sabar,,

ada satu cerita tentang diri aku ni...aku ada kwan2 yang baik dgn aku...aku syg gile kwn2 aku...tp knp???? knp aku seperti dipulau?? aku xtau ape kesalahanku...aku mula berfikir hari demi hari..xdapt jugak jwapan...mungkinkah kerana aku terlalu bz kerja..(OVERTIME)..samapi lupa nk lepak2 dgn diorg?? aku mencari rezeki..mgkin ada hikmahnya so aku terima dgn ht yg tenang...nk kata touching xla..aku terkilan je knp aku diperlakukan sebegini rupa...xpela..nk wat camne...aku redha..ape pun yg jd korang tetap kawn2 aku,,,smpai mati...