Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik
kampung..Rasanya  dah dekat lima tahun sejak aku  sambung belajar ke luar negara.Tahun  ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak abah dan adik-adik  kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa cerita Naim  ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah gile kat  aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu  masa kecik  main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.   Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang   terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil  melayan  kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya.  Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah  dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi  'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar  negara, dia dah berubah.  Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga
mesti  terlopong melihat  perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi  berhenti di  bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir  sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk  mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.  Raiz menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil  menggigit anak kemuncut. "Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi!  Engkau rupanya! Apa kau buat tepi  jalan malam-malam camni?" Razi  bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau  baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem  nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang  diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun  kena berubah! Mana  kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma   tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada   perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan  kakinya sedikit  tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?  Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim  kelihatan murung.
"Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah  topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah  lama tak borak dengan kau.
Banyak  benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!" pujuk Naim lalu  menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz  mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh?   Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila  mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya  diterangi cahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah!  nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi  kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab nak  jaga diorang.Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang jahat  betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang  dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz  mendengar cerita Naim.
"Setahun  lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang datang nak  uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!" Naim  terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang  lusuh.  Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
"Lepas  mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada  tempat  nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu  tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah  kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau  balik!
Salah  ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak  peduli aku makan ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak  ambil peduli!"
Suara Naim sedikit  tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku
betul-betul tak tau hidup kau  susah sampai macam tu sekali!" Raiz
menyuarakan  rasa bersalahnya. Naim cuma  tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar  jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak  dengar berita. Tengok-tengok  balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!  rumah aku takde apa  boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh  sejuk dan  sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku  mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan  pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni  pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah  balik ni, selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak  raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai hujung  kaki.. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni  datanglah rumah aku ye!"
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam  nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
"Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu  suara kuat menyebabkan Raiz  tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz  bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz  lihat ibunya berdiri di depan bersama  ayah dan ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas. "Yang  kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak  balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni? Raiz  memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut   kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu   nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu  sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz  mengelabah.
"Eh?  Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat  kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003!  Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak   ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari  pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak  ayah dia. Ada  pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa  dia, dah tak  ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah  terkejut. Terfikirkan  pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di  malam menjelang raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang  Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampakan padanya  terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.
"Kau  dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini!  ye. Esok dah nak  raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut  sampai hujung  kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah  rumah aku ye!" Serta-merta  Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah  Naim lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada  arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman  di sana !
06 May 2011
~Sahabat Sejati~
Coretan ~Mr.Faisal~ Jam 5:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 


 
 
0 komen:
Post a Comment